00:00Sasaran amanah bertanding 30 kerusi parlimen pada PRU-16 mungkin didorong untuk memposisikan kedudukannya sebagai parti Melayu-Islam berpengaruh, kata
00:10penganalisis.
00:12Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisamuddin Bakar berkata, parti itu pada dua PRU lalu banyak menguasai kawasan bandar dan separa bandar
00:20dengan komposisi pengundi pelbagai kaum serta tahap sokongan pengundi bukan Melayu yang relatif tinggi.
00:26Katanya, parti berkenaan mungkin mahu mengubah keadaan terbabit pada PRU-16 yang bagaimanapun memerlukannya menguatkan organisasi serta pengaruh untuk bersaing
00:37secara langsung di jajaran kerusi maturiti Melayu.
00:40Jika gagal berbuat demikian, Hisamuddin berkata, amanah perlu realistik menentukan kerusi wajar ditandingi berdasarkan kekuatan sebenar dari segi pengaruh parti,
00:50keupayaan jendera serta kualiti calon.
00:53Beliau mengulas kenyataan timbalan Presiden amanah, Mujahid Yusof baru-baru ini yang parti itu menyasarkan bertanding sehingga 30 kerusi pada
01:02PRU-16 termasuk Sabah dan Sarawak.
01:05Sementara itu, fellow Majlis Profesor Negara Azmi Hassan berpandangan, pertembungan dengan UMNO, rakan dalam kerajaan perpaduan, tidak dapat dielakkan jika
01:15amanah berhasrat bertanding 30 kerusi kerana kedua-dua parti berkongsi asas sokongan yang sama iaitu pengundi Melayu merujuk hasrat barisan
01:24nasional untuk bertanding 115 kerusi pada PRU akan datang.
01:28Azuri Zainal, FMT
Comments