00:01Setiausaha akbar kanan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim Tunku Nasrul menegur setiausaha akbar timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi, Fadmil Fadzil
00:10berhubung pertikaian peruntukan kewangan bagi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.
00:15Tunku Nasrul menyeru Fadmil menyemak semula fakta selepas mempersoalkan kenyataan perbendaharaan mengenai perbelanjaan kementerian itu.
00:25Menurutnya, kenyataan Kementerian Kewangan tidak dibuat secara semberono dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Johan Mahmud Merikan lebih arif dalam urusan kewangan
00:35negara.
00:36Pertikaian tercetus selepas Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Zahid Hamidi mendakwa bayaran kepada kontraktor projek pembangunan luar bandar tertangguh sehingga
00:46ada yang gulung tikar akibat masalah aliran tunai.
00:49Sebagai maklum balas, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Johan Mahmud Merikan berkata, kelewatan berpunca daripada tindakan membelanjakan peruntukan projek sehingga hampir habis.
01:01Beliau turut mendakwa Kementerian secara konsisten berbelanja melebihi peruntukan tahunan yang diluluskan sejak 2023.
01:08Bagaimanapun, Fadmil menafikan perkara itu dan menyifatkan dawaan berkenaan sebagai mustahil memandangkan permohonan dana dikemukakan kepada perbendaharaan dan perbelanjaan di
01:20proses menerui sistem pengurusan kewangan Putrajaya.
01:24Farid Fah Nasaruddin, FMT
01:26Farid Fah Nasaruddin, FMT
Comments