Skip to playerSkip to main content
  • 16 minutes ago
Angka ini merangkumi 30 projek yang telah siap, 38 projek dalam pembinaan, 41 projek di enam peringkat pra-pembinaan, serta tiga projek sedang di peringkat reka bentuk awal.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kementerian Kerja Raya mahu projek kerajaan disiapkan lebih awal daripada jadual berbanding diberikan lanjutan masa.
00:06Menterinya, Datuk Seri Alexander Natalinggi berkata, pendekatan itu penting bagi memastikan setiap pelaburan pembangunan memberi manfaat secepat mungkin kepada rakyat.
00:17Sebenarnya untuk semua, malangnya bila kerjaan atau melaksanakan projek JKR ini, yang selalu diwawakan, besar-besarkan tapi tak adalah di
00:32seluruh berapa banyak projek yang kita laksanakan, JKR ataupun Kementerian Kerja Raya.
00:39Berbeliun, ratus bilion ringgit pun dan ribuan projek kita buat, hanya kurang dari 4% yang lewat jadual ataupun yang
00:51bermasalah.
00:53Tetapi malangnya, di media, orang suka perbesarkan itu. Yang 96% yang cemerlang itu tidak diberitakan.
01:03Katanya antara bukti kejayaan itu ialah projek sekolah di Jerantut yang disiapkan 310 hari lebih awal, manakala satu lagi projek
01:12sekolah di Tarat, Sarawak disiapkan hampir 100 hari lebih awal.
01:17Bagi projek kolis profesional Mara di Kapit pula, Nanta berkata kontraktor dijangka dapat menyiapkannya lebih awal namun penyelarasan dengan projek
01:27bekalan air perlu diambil kira.
01:29Sementara itu, 112 projek melibatkan pelbagai agensi persekutuan dengan jumlah peruntukan RM12 bilion sedang dilaksanakan di Sarawak setakat September ini.
01:41Ia melibatkan projek jabatan dan agensi persekutuan yang dilaksanakan melalui Jabatan Kerja Raya Malaysia sebagai jabatan teknikal.
01:49Setakat September 2026, melalui agensi teknikal utama kerajaan iaitu JKR Malaysia, sebanyak 112 projek melibatkan pelbagai agensi persekutuan dengan jumlah
02:05peruntukan RM12 bilion sedang dilaksanakan.
02:09Jadi, angka ini merangkumi 30 projek yang telah siap, 38 projek dalam pembinaan, 41 projek di peringkat pra-pembinaan, serta
02:183 projek sedang di peringkat kerja awal namun.
02:23Nanta berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan penyerahan stor rampasan Pejabat Penguatkuasaan Kastam Diraja Malaysia di Muara Tebas Kucing.
02:33Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended