Skip to playerSkip to main content
  • 12 minutes ago
Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir menjelaskan, peningkatan tarif elektrik negara ketika ini adalah kesan susulan akibat konflik Asia Barat.
Transcript
00:00Penggunaan bekalan tenaga global kini menunjukkan kesan susulan apabila impak yang sebelum ini tertumpu pada pasaran petrol bermula Mac lepas
00:08mula merebak kepada bekalan tenaga lain seperti gas asli dan arang batu.
00:13Menteri Ekonomi Akmal Nasir berkata fenomena kesan susulan itu mula memberi kesan atau implikasi secara langsung kepada kos pengeluaran tenaga
00:21elektrik
00:21terutamanya kepada pengguna yang mencatatkan penggunaan lebih 600 kW jam sebulan.
00:27Cuma naik turun yang melibatkan pengguna yang lebih daripada 600 kW itu berdasarkan kepada kos bahan api
00:39yang dipanggil automated fuel adjustment, AFA itu yang reflecting kepada harga bahan api itu.
00:50Itu yang menjadi cabaran kepada kita kerana lagging efek daripada gangguan bekalan tenaga yang bermula dengan petrol
01:04kini semakin dirasai untuk bekalan tenaga sektor yang lain termasuk gas asli.
01:10Sebab biasanya bila berlaku kenaikan kepada petrol, ianya akan ada lagging efek 3-4 bulan lepas itu gas asli yang
01:18terkesan.
01:18Maka bila perbincangan hari ini reflecting kepada penggunaan tenaga pada bulan 7-8 yang mana ianya mengambil efek kepada dua
01:29-dua lah bahan api itu bahan yang kita bakar untuk hasil tenaga elektrik ini keadaannya meningkat.
01:36Meskipun wujud tekanan kos bahan api daripada kesan susulan itu, Akmal Nasrullah berkata,
01:42kaedah pendetapan tarif semasa masih mampu melindungi majoriti pengguna domestik berskala kecil daripada terjejas secara langsung.
01:49Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penyerahan cat curah sumbangan naik taraf klinik kesihatan Parlimen Johor Baru di Kampung
01:57Melayu Majidi Johor Baru, Johor.
Comments

Recommended