00:00Malaysia perlu memperkenalkan insentif cukai bersasar dalam belanjawan 2027 bagi menarik lebih ramai pelabur institusi serantau ke pasaran saham tempatan.
00:10Menurut nota penyelidikan Berjaya Research Senia Berhad, ini khususnya melibatkan saham bermodal sederhana yang kurang mendapat perhatian.
00:20Pegangan ekuiti asing berada pada paras hanya 18.4% pada Julai 2026 menghampiri paras terendah dalam sejarah.
00:28Sekaligus menunjukkan keperluan memperluas pernyataan pelabur antarabangsa melangkaui syarikat tersenarai bermodal besar.
00:35Tambahnya, kerajaan boleh mempertimbangkan pengurangan cukai pegangan ke atas pendapatan pelaburan ekuiti Malaysia atau menawarkan rebat cukai yang tertakluk kepada
00:44tempoh pegangan pelaburan minimum.
00:46Pelabur institusi asing ketika ini lebih tertumpu kepada saham bermodal besar termasuk sektor perbankan, telekomunikasi, perladangan dan utiliti menyebabkan kebanyakan
00:57saham bermodal sederhana bergantung kepada aktiviti dagangan pelabur tempatan.
01:02Berjaya Research turut menggesa supaya liputan penyelidikan dan penglibatan pelabur dipeluas bagi meningkatkan keterlihatan syarikat tersenarai yang lebih kecil.
01:10Cadangan yang diutarakan adalah seperti insentif bersasar seumpama skim insentif penyelidikan berusaha Malaysia Plus bagi menggalakkan firma broker menjadikan liputan
01:20penyelidikan terhadap saham bermodal kecil dan sederhana terpilih.
01:24Menurutnya, liputan penyelidikan yang lebih meluas akses kepada pihak pengurusan syarikat serta aktiviti perhubungan pelabur dapat meningkatkan aliran maklumat sekaligus
01:34membantu pelabur menilai prospek syarikat dengan lebih baik.
01:37Langkah itu juga berpotensi menyokong proses penemuan harga, meningkatkan kecairan dagangan dan memperbaiki penilaian saham.
01:45Belanjawan 2027 juga perlu menengani kos dagangan yang boleh menjejaskan penyelidikan pelabur institusi asing dan pedagang yang kerap melakukan transaksi.
Comments