Skip to playerSkip to main content
  • 15 minutes ago
Penyerahan pesawat A320 pertama dari fasiliti pemasangan akhir baharu di Tianjin menandakan pengembangan kapasiti pengeluaran Airbus di China dan rantau Asia.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Baik, kita ke laporan berikutnya. Airbus pada Rabu menyempurnakan penyerahan pesawat pertama iaitu A320neo yang dipasang di kemudahan pemasangan akhir
00:12FAL baharunya di Tianjin, utara China.
00:15Kemudahan itu merupakan FAL kedua dibangunkan Airbus di China dan juga yang kedua seumpamanya di Asia.
00:24Menurut Airbus, penyerahan berkenaan menandakan satu lagi pencapaian penting dalam usaha syarikat itu memperluaskan operasi industri-nya di China selain
00:34memperkukuh rangkaian pengeluaran global.
00:37Pesawat jenis A320neo itu diterima China Eastern Alliance, syarikat penerbangan yang berpangkalan di Shanghai.
00:44China Eastern Terut mempunyai sejarah panjang bersama Airbus dengan menerima pesawat keluaran syarikat itu menerusi model A310 pada 1985.
00:54China yang mempunyai jumlah penumpang udara terbesar di dunia merekodkan hampir 1.53 bilion perjalanan penumpang di lapangan terbang penerbangan
01:03awam sepanjang 2025.
01:05Angka itu meningkat 4.8% berbanding tahun sebelumnya menurut data petabbiran penerbangan awam China.
01:12FAL kedua Airbus di Tianjin yang mula beroperasi pada Oktober tahun lalu, dijangka memainkan peranan penting dalam meningkatkan kapasiti pengeluaran
01:21global keluarga A320.
01:24Airbus menyasarkan kadar pengeluaran sehingga 75 pesawat A320 sebulan dengan kemudahan baharu itu menyediakan kapasiti tambahan bagi memenuhi permintaan pasaran
01:34yang terus kukuh.
01:35Sejak FAL pertamanya di Tianjin dibuka pada 2008, lebih 800 pesawat keluarga A320 telah dipasang dan diserahkan dari lokasi berkenaan.
01:46Kemudahan tersebut juga merupakan pusat pemasangan pesawat komersil pertama Airbus di luar Eropah.
01:51Ketika ini syarikat penerbangan China mengendalikan lebih 2,300 pesawat Airbus dengan kira-kira 1 per 3 daripadanya dipasang dan
02:00diserahkan di Tianjin.
02:03Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended