Skip to playerSkip to main content
  • 8 minutes ago
Ikuti kupasan oleh Luqman Hariz mengenai situasi jerebu di Malaysia.
Transcript
00:00Baik, kita beralih ke perkembangan terkini jerebu di mana setiap hari, hampir setiap jam kami akan memberikan kemas kini berkenaan
00:06dengan pergerakan jerebu dan juga indeks pencemar udara di serata negara kita.
00:10Masih lagi terdang kemas kini laman web APIMS iaitu sistem indeks pencemar udara untuk kita melihat kualiti udara dan tidak
00:18banyak berubah berbanding beberapa jam sebentar tadi dan semalam sebenarnya juga.
00:22Seperti yang kita dapat lihat di belakang ini, kita lihat di Borneo, di Sarawak dan juga Sabah kebanyakan kawasan mencatatkan
00:28IPU yang sederhana ataupun sihat.
00:30Keadaan sudah banyak berubah sejak kira-kira seminggu lalu di mana Sarawak menjadi negeri dan lokasi yang paling teruk terjejas
00:37dengan jerebu daripada Kalimantan khasnya dan juga sedikit dari Sumatera.
00:40Tetapi Kuching setakat jam 3 petang ini mula menaik semula kepada 163 iaitu tahap tidak sihat kuning warnanya.
00:48Satu-satunya lokasi yang dikesan setakat ini di Borneo yang mencatatkan kualiti udara yang tidak sihat.
00:56Tetapi tidak sama kesnya di Semenanjung di mana masih lagi banyak kawasan yang kuning berbanding hijau.
01:02Indeks pencemar udaranya tidak sihat, kualiti udaranya juga tidak sihat.
01:06Kebanyakan bandar-bandar utama di pantai barat Semenanjung, pantai timur setakat ini semuanya jelas.
01:12Hijau, kualiti udara sihat dan kawasan-kawasan di pantai barat ini dari utara sehinggalah ke selatan nampaknya masih lagi terjejas
01:20dengan kualiti udara yang agak serius setakat ini.
01:24180 ini kita kira berada di kawasan utara.
01:27Saya kira ini berhampiran Ipoh ataupun Perak yang masih lagi mencatatkan kualiti udara yang sangat tidak sihat.
01:32Dan sudah tentu kita lihat pada puncanya ini adalah keadaan semasa dan kita lihat pada puncanya iaitu kebakaran yang berada
01:37di negara jiran.
01:37Nampaknya berita yang sedikit baik di sini, saya pasti ini adalah data yang tepat dan terkini kerana kalau kita lihat
01:41titik-titik panas,
01:42kalau anda yang sering menonton Astro Awan ini dan melihat kemaskini kami berkaitan dengan titik-titik panas,
01:47seringkali kita lihat banyak titik-titik di sini khasnya di Kalimantan iaitu titik-titik panas iaitu kebakaran yang masih lagi
01:54aktif berlaku
01:55yang menyumbang kepada asap yang kemudian ditiup angin ke negara kita dan menghasilkan jerebu.
02:00Tetapi mungkin agak mengejutkan, pleasant surprise bahawa tidak ada langsung titik panas.
02:05Bermakna kalau data ini terkini dan boleh dipercayai sepenuhnya, tiada lagi kebakaran yang aktif di negara jiran, di Kalimantan.
02:12Ada satu di kawasan sini, satu titik panas, satu kebakaran yang berwarna merah iaitu kepastian yang agak tinggi,
02:20masih lagi aktif kebakaran tersebut dan mungkin ada beberapa, saya kira ada tujuh ataupun lapan di Kepulauan Sumatera.
02:26Tetapi jauh berbeza berbanding beberapa hari lepas dan sebenarnya sejak seminggu lepas di mana kita saksikan puluhan kebakaran di sini
02:33begitu juga di sini yang menyumbang aktif kepada jerebu di negara kita.
02:38Jadi kita harap trend ini berterusan dan insyaAllah kita akan mula nampak impaknya dalam masa terdekat di negara kita
02:44bermakna tiada lagi kebakaran aktif dan tiada lagi punca jerebu yang baru
02:48dan selepas tiupan angin itu berterusan di Semenanjung Malaysia dan juga di Borneo,
02:53jerebu ini akan ditiup ke lautan dan tidak lagi akan kembali jerebu baru hasil kebakaran.
02:59Itu kita akan berikan anda kemas kini dari semasa ke semasa.
03:02Kepulauan Sumatera
Comments

Recommended