Skip to playerSkip to main content
  • 10 minutes ago
Lima pendaki yang sesat ketika melakukan aktiviti di Bukit Larut berjaya ditemukan dalam keadaan selamat. Kesemua mangsa hanya mengalami keletihan dan kekejangan kaki selepas operasi menyelamat dijalankan.
Transcript
00:00Lima pendaki yang tersesat ketika beraktiviti di Bukit Larut Taiping petang rabu berjaya diselamatkan lewat malam tadi.
00:07Mangsa terdiri daripada dua lelaki masing-masing berusia 26 tahun dan tiga wanita kesemuanya berumur 29 tahun.
00:16Penolong pengarah bahagian operasi Jabatan Bomber dan Penyelamat Malaysia JPPM Perak, Sabaruzi Nur Ahmad berkata,
00:22pihaknya menerima maklumat kecemasan 999 mengenai kejadian itu pada jam 6.01 petang rabu.
00:30Menurutnya, sebaik menerima maklumat, anggota dari Balai Bomber dan Penyelamat BBP Taiping dan Kamunting digerakkan ke lokasi.
00:37Setibanya jentera di tempat kejadian, ketua operasi dimaklumkan oleh pihak polis bahawa pemanggil telah berjaya dihubungi dan telah sesat bersama
00:45empat orang sahabat.
00:47Beliau berkata ketua operasi telah berjaya mendapatkan lokasi mangsa dan bergerak untuk melakukan operasi penyelamatan dengan bantuan Land Rover dari
00:55pihak pengurusan Bukit Larut.
00:57Menurutnya, pada jam 9.42 malam, ketua operasi memaklumkan operasi terkawal dan mangsa-mangsa telah dijumpai dalam keadaan selamat,
01:05tidak mengalami kecederaan serius dan kekejangan kaki akibat keletihan.
Comments

Recommended