00:00Pentadbiran Presiden Donald Trump dilaporkan merancang pakej penjualan senjata baharu bernilai 2.8 bilion dolar Amerika atau sekitar 11.8
00:08bilion ringgit kepada Israel.
00:11Ia termasuk 40,000 bom seberat 907 kilogram.
00:16Menurut laporan Associated Press AP yang memetik pegawai Amerika Syarikat, pakej yang masih dalam peringkat akhir kelulusan itu merangkumi 20
00:28,000 bom jenis MK-84 dan 20,000 bom BLU-117.
00:36Kongres Amerika Syarikat telah dimaklumkan secara tidak rasmi mengenai cadangan urus niaga berkenaan.
00:41Ia sebahagian besarnya akan dibiayai menerusi skim pembiayaan ketenteraan asing menggunakan dana kerajaan Amerika.
00:49Bom berkenaan mempunyai beberapa varian termasuk yang mampu menembusi sasaran bawah tanah serta menyebabkan kerusakan besar di kawasan permukaan.
00:57Seorang pegawai kanan White House bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai butiran cadangan itu.
01:02Sebaliknya berkata semua penjualan senjata asing sedang melalui proses undang-undang yang sewajarnya.
01:09Cadangan penjualan senjata itu muncul ketika Israel terus berdepan tekanan dan putikan antarbangsa berhubung operasinya di Gaza.
Comments