00:00Indonesia menutup kira-kira 50 syarikat di 8 wilayah selepas titik panas kebakaran hutan dan tanah dikesan di kawasan operasi
00:08syarikat berkenaan.
00:10Timbalan Menteri Alam Sekitar, Dias Henro Priyono berkata, tindakan itu sebahagian daripada usaha penguatkuasaan undang-undang.
00:19Pihak berkuasa turut memantau syarikat terbabit bagi menentukan sama ada mereka terlibat dalam kebakaran berkenaan.
00:25Sementara itu, Kementerian Perhutanan maklumkan sebanyak 1,037 titik panas dikesan di seluruh negara setakat 9.05 malam waktu tempatan
00:34pada Selasa.
00:35Ia berkurangan kira-kira 27.8% berbanding Isnin.
00:41Menurut kemas kini terbaharu, Kementerian itu di Meda Sosial, daripada 6 wilayah, Kalimantan Tengah merekodkan titik panas paling tinggi dengan
00:48lebih 260,
00:50diikuti Sumatera Selatan 245, Kalimantan Selatan 72, Jambi 62, Kalimantan Barat 43 dan Riau 15.
01:01Secara berasingan, Menteri Perhutanan Raja Juli Antoni menggesa masyarakat, petani dan syarikat supaya terus berwaspada terhadap kebakaran hutan dan tanah
01:10sehingga akhir Oktober atau awal November.
01:13Ia berikutan hujan semula jadi kini dijangka turun lebih lewat daripada ramalan awal.
01:17Memetik ramalan terkini Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia, BMKG, Raja Juli berkata hujan semula jadi yang sebelum ini dijangka
01:27bermula pada awal Oktober mungkin tertangguh sehingga akhir Oktober atau awal November.
01:33Terima kasih kerana menonton!
Comments