Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Nikmat kemakmuran negara perlu dikongsi secara adil oleh seluruh rakyat dan wilayah, selaras dengan aspirasi Hari Malaysia tahun ini, kata Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Nikmat kemakmuran negara perlu dikongsi secara adil oleh seluruh rakyat dan wilayah selaras dengan aspirasi Hari Malaysia tahun ini.
00:08Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Haji Jinur berkata kepelbagaian bangsa, budaya dan agama yang menjadi identiti Malaysia perlu terus diperkukuh,
00:18menerusi semangat muafakat, saling menghormati dan kerjasama demi memastikan negara kekalaman stabil dan sejahtera.
00:28Katanya perkara itu selari dengan tema Hari Malaysia 2026, Malaysia Madani, Kesejahteraan Dinikmati yang Mencerminkan Komitmen Kerajaan untuk Membina Sebuah
00:38Negara Yang Maju, Inklusif dan Harmoni.
00:42Kesejahteraan Dinikmati
00:44Tema ini mencerminkan komitmen kerajaan untuk membina sebuah negara yang maju, inklusif dan harmoni
00:55di samping memastikan nikmat kemakmuran negara dapat dikongsi secara adil oleh seluruh rakyat dan wilayah.
01:06Di negeri Sabah, semangat perpaduan dan saling menghormati antara kaum terus diberi keutamaan.
01:16Perbezaan tradisi dan budaya tidak menghalang rakyat negeri ini untuk terus hidup aman dan harmoni.
01:26Kita akan terus menjaga keamanan ini dan menjadikan Hari Malaysia sebagai titik tolak
01:34untuk bekerja lebih kuat supaya semua rakyat tanpa mengira latar belakang, bangsa dan agama
01:44dapat sama-sama menikmati kemajuan dan kemakmuran bumi bertuah ini.
01:53Semoga Malaysia amnya.
01:56Beliau berkata demikian menerusi rakaman video ucapan sempena Majlis Sambutan Hari Malaysia 2026
02:01di Pusat Konvensyen Borneo Kucing pada Rabu.
Comments

Recommended