00:00Parti Pejuang Tanah Air menggesa supaya Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, ROS, tidak dijadikan senjata politik untuk menyekat kemarahan Perikatan Nasional.
00:12Pejuang mendakwa tindakan tersebut berlaku ketika PN dikatakan semakin mendapat sokongan rakyat, manakala sokongan terhadap Pakatan Harapan pula semakin menurun.
00:24Menerusi satu hantaran di Facebook pada Khamis, Pejuang berkata terlalu banyak persoalan yang timbul susulan tindakan ROS itu yang perlu
00:32dijawab.
00:34Kenyataan itu menyusul apabila ROS memaklumkan PN dikenakan perintah penggantungan semua kegiatan berkuat kuasa rabu.
00:41Menurut ROS, notis di bawah subseksyen 13-2 Akta Pertubuhan 1966, Metarih 22 September 2026 telah dikeluarkan kepada PN dan
00:52gabungan itu diberikan tempoh yang munasabah untuk menjawab notis berkenaan.
00:58Pejuang yang merupakan salah satu parti komponen PN menuntut penjelasan lanjut berhubung tindakan tersebut.
01:03Menurut Pejuang, ROS patutnya mengurangkan ruang kepada spekulasi dengan menjelaskan secara terperinci alasan disebalik tindakan penggantungan.
01:12Pejuang juga menggesa ROS menarik balik perintah penggantungan tersebut, sementara penjelasan daripada PN dipertimbangkan secara adil.
01:21Katanya Pejuang juga menyokong dan akan terlibat dalam tindakan undang-undang yang bersesuaian bagi mencabar perintah penggantungan atau apa-apa
01:30perintah susulan yang berkaitan dengan perkara ini.
01:32Bagaimanapun, parti itu menegaskan mereka tidak mempertikaikan hak mana-mana pihak untuk membuat aduan atau kuasa ROS untuk melaksanakan siasatan.