00:00Seorang pekerja wanita tempatan maut dipercayai akibat terhimpit mesin pengangkat di sebuah premis perniagaan di kawasan perindustrian di Teluk Panglima
00:10Garang, Kuala Langat pagi Khamis.
00:12Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohamad Akmal Rizal Radzi berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira 11
00:21pagi daripada seorang lelaki tempatan.
00:26Dalam satu kenyataan, beliau berkata mangsa yang berusia awal 20-an mengalami kecederaan parah pada kepala.
00:33Susulan itu mangsa dibawa ke klinik kesihatan pada 11.20 pagi namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.
00:40Pemeriksaan awal polis mendapati tiada unsur jenayah dalam kejadian itu.
00:45Mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Banting untuk tindakan lanjut.
00:49Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran
00:54atau menghubungi bilik gerakan ibu pejabat polis daerah Kuala Langat menerusi talian tertera.