00:00Indonesia sedang mempercepat pelaksanaan pendidikan percuma di kira-kira 164,000 sekolah awam seluruh negara. Ia merangkumi peringkat pendidikan awal
00:11kanak-kanak hingga sekolah mendengah atas sambil memuktamadkan rancangan berasingan untuk menghapuskan yuran pengajian universiti awam.
00:23Setiausaha Kabinet Teddy Indrawijaya berkata Presiden Prabowo Subianto mengeluarkan arahan itu semasa mesyuarat Kabinet khas mengenai pendidikan sebagai sebahagian usaha
00:32meluaskan akses kepada pendidikan.
00:34Dalam satu kenyataan, beliau berkata pelaksanaan pendidikan percuma di sekolah awam meliputi pendidikan awal kanak-kanak dan tadika, sekolah rendah,
00:42sekolah mendengah pertama, sekolah mendengah atas serta sekolah vokasional.
00:46Teddy berkata kerajaan juga akan meluangkan masa 2 hingga 4 minggu akan datang untuk memutamatkan rancangan bagi universiti awam tanpa
00:54yuran pengajian, termasuk menghapuskan yuran pengajian biasa dan yuran kemasukan.
00:59Sementara itu, Menteri Pendidikan Tinggi Sains dan Teknologi Brian Yuliarto berkata beberapa pilihan sedang dipertimbangkan bagi rancangan universiti tersebut.
01:07Ia termasuk bagaimana kerajaan akan menampung kehilangan hasil yuran pengajian bagi saluran kemasukan bebas serta sumber pendapatan lain yang kini
01:16digunakan untuk membiayai operasi universiti.
01:19Katanya Presiden mahu program pendidikan percuma itu dilaksanakan secepat mungkin, namun ia akan dilakukan secara berperingkat bukan serta merta.
01:27Terima kasih telah menonton!