00:00Seorang lelaki warga emas dilaporkan dalam keadaan kritikal selepas dipercayai terjatuh dari bangunan Hospital Raja Pemaisuri Bainun di Ipoh pada
00:08Khamis.
00:09Ketua Polis Zairah Ipoh ICP Mahmud Najib Hamzah berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira jam 2.30
00:15petang.
00:18Hasil siasatan awal mendapati seorang pengawal keselamatan hospital mengesan seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan berada di laluan tangga kecemasan.
00:28Pengawal keselamatan tersebut kemudiannya mengekori lelaki berkenaan sebelum mendapati mangsa telah terjatuh dari aras tiga bangunan berkenaan.
00:37Mangsa kemudiannya dibawa ke Jabatan Kecemasan HRPB untuk mendapatkan rawatan.
00:42Beliau berkata mangsa dipercayai warga tempatan berusia lingkungan 60 hingga 70 tahun dan tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.
00:50Orang ramai yang mempunyai maklumat ahli keluarga yang dilaporkan hilang atau mengenali mangsa diminta tampil membantu pihak polis untuk mengenalpasti
00:59identiti mangsa.
01:01Terima kasih.
01:02Terima kasih.
Comments