• 4 minutes ago
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Sabah Electricity mempercepatkan kerja-kerja pemulihan bekalan elektrik yang menjejaskan sehingga lapan daerah di Pantai Timur Sabah susulan kejadian menara penghantaran elektrik runtuh di Ranau.
Transcript
00:00Perdana Menteri Datuk S. Ibrahim mahu Sabah Electricity mempercepatkan kerja-kerja pemulihan bekalan elektrik yang menjejaskan sehingga 8 daerah di
00:09pantai timur Sabah sesulang kejadian menara penghantaran elektrik runtuh di Ranau.
00:14Menurusi hantaran di media sosial, beliau kesal terhadap kesulitan yang terpaksa ditanggung penduduk, khususnya calon sija pelajaran Malaysia SPM yang
00:22sedang membuat persiapan menghadapi peperiksaan.
00:25Sehubungan itu, beliau meminta supaya bekalan elektrik sementara disediakan dengan mengutamakan sekolah, pusat peperiksaan dan kemudahan awam kritikal sementara kerja
00:35pembaikan dilaksanakan.
00:37Beliau berpandangan meskipun bencana sukar dielakkan, kepatasan tindakan dalam menangani krisis amat penting bagi memastikan rakyat tidak terus menanggung kesannya,
00:47memandangkan setiap jam amat bermakna buat mereka.
00:49Beliau berkata usaha pemulihan perlu dipercepatkan supaya bekalan elektrik dapat disambung semula lebih awal daripada jadual ditetapkan.
00:58Kejadian menara T313 tumbang akibat tanah tidak stabil pada jam 6.04 pagi Kamis lalu memutuskan dua litar talian penghantaran
01:07dari Pantai Barat ke Pantai Timur Sabah mengganggu bekalan elektrik di lapan daerah.
01:12Sabah Electricity menyasarkan pemulihan bekalan elektrik itu pada 2 Dezember atau lebih awal.
01:19Terima kasih telah menonton!

Recommended