Skip to playerSkip to main content
Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Datuk Zawawi Othman secara terbuka memohon maaf kepada Pas kerana pernah menggelarkan pimpinan tertentu dalam parti itu sebagai ‘tiga jahanam’.

Permohonan itu dibuat beliau yang juga jurucakap Kelantan ketika membahaskan ucapan dasar presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada Sabtu.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/796023/berita/politik/pau-2026-umno-kelantan-mohon-maaf-pernah-gelar-pemimpin-pas-tiga-jahanam

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #PAU2026 #UMNOKelantan #Pas #MohonMaaf

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kami daripada Kelantan, yang berhormat Presiden, kami adalah penentang kepada PAS dahulunya.
00:10Tetapi kami berjiwa besar.
00:12Walau kepada Datuk Seri Presiden, apa saja arahan kami akan ikut.
00:19Tetapi, walaupun disatukan dengan PAS, kami akan melihat kedudukan yang positif untuk orang Kelantan.
00:31Mungkin penyatuan UMNO dan PAS di Kelantan, boleh kita letakkan UMNO dan PAS sebagai arkitek dan juga jurutera untuk membangunkan
00:44negeri Kelantan
00:45yang dikatakan sudah kebelakang sekarang ini.
00:49Mungkin kami boleh berjasa untuk membangunkan anak negeri Kelantan.
00:57Dan takkanlah kita nak bermusuh sampai bila-bila.
01:02Tok PAS sudah kembali.
01:05Kelantan mendapat sinar kalau diarahkan oleh yang amat berhormat Presiden.
01:12arahlah Presiden.
01:16Buatlah apa saja kami akan ikut.
01:19Tok Lam Bersandah, Cikgu Awi, Bucak.
01:25Jangan kita menikahkan kawan kita.
01:32PAS, saya minta maaflah dahulu saya kata tiga jahannam.
01:38Itu ketika dulu.
01:41Sekarang, saya hulurkan tangan.
01:46Untuk berbaik sangka.
01:48Untuk kita mengangkat agama kita dalam negara kita.
01:56Untuk kita menyatukan bangsa kita tanpa kita menidakkan bangsa lain dalam negara kita.
02:06Marilah bersama-sama mempertahankan agama bangsa dan tanah air.
02:11Marilah bersama-sama.
02:15Tapi, walaupun,
02:18kita akan ikut apa kata Presiden kita.
02:24Kalau ke kanan, ke kananlah kita.
02:28Kalau ke kiri, ke kiri lah kita.
02:31Kalau ke depan, ke depan lah kita.
02:33Tapi kalau Presiden kata ke belakang,
02:37maka ke belakang lah kita.
02:43Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended