00:00Cerita bubar tak bubar pilihan raya ni betul lah.
00:03Kalau bubar Alhamdulillah kita ada ruang nak selamatkan negara kita.
00:09Tapi ada satu persoalan besar yang perlu kita jawab dan kita perlu tentukan.
00:15Dengan siapa kita nak bekerja sama.
00:20Ini persoalan asas yang perlu kita selesaikan.
00:25Saya tak mahu cakap bagi pihak tempat lain.
00:28Dari pihak negeri lain.
00:31Saya nak bercakap bagi pihak perhubungan UMNO negeri Kedah.
00:35Baru-baru ni Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekalian.
00:38Perhubungan UMNO negeri Kedah telah buat keputusan bahawa kita akan memulakan perbincangan kita dengan parti PAS.
00:53Kita akan memulakan minum kopi kita dengan parti PAS tetapi tidak dengan perikatan nasional.
01:06sebab apa tidak dengan perikatan nasional?
01:09Sebab di dalam perikatan nasional ada parti kucing.
01:16Ada parti kucing.
01:19Parti yang baru dua hari ditubuhkan.
01:22Bukan saya kata ini adalah parti kucing.
01:29Yang kata benda ni Tuan-Tuan dan Puan-Puan adalah sahabat saya.
01:35Yang Muhammad Muhammad Dato' Sri Muhammad Sanusi Muhammad Noh.
01:41Sanusi yang kata kita tidak akan berunding dengan parti Kerdil.
01:46Kita parti gajah.
01:48Mereka parti kucing.
01:50Parti dua hari yang baru saja ditubuhkan Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekalian.
01:55Parti ini buat kacau.
01:58Jadi UMNO Kedah kita tak bincang dengan parti kucing.
02:01Kita akan bincang dengan parti PAS Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekalian.
Comments