00:00Fenomena Super El Nino penghujung tahun ini berpotensi membawa cuaca panas dan kering ekstrim di negara ini
00:07dengan beberapa kawasan dijangka merekodkan suhu sehingga 40 darjah Celsius antara Januari hingga Mei tahun depan.
00:14Jabatan Meteorologi Malaysia, MedMalaysia dalam satu hantarannya di media sosial memberitahu
00:18kebarangkalian berlakunya fenomena berkenaan menghampiri 100% berdasarkan ramalan model iklim
00:25daripada pusat pencerapan dan penyelidikan antarabangsa.
00:30MedMalaysia mengaklumkan rekod meteorologi terdahulu menunjukkan episod El Nino sangat kuat
00:35sering dikaitkan peningkatan suhu, cuaca kering dan risiko jerebu yang serius.
00:39Pengalaman ketika episod Super El Nino 1997 dan 1998 serta 2015 dan 2016
00:45turut menunjukkan bacaan suhu maksimum harian di negara ini lebih ekstrim berbanding tempoh lain.
00:51Antara rekod tertinggi adalah 40.1 darjah Celsius di Stasiun Meteorologi,
00:56Cuping, Perlis pada 9 April 1998 menekali 39.3 darjah Celsius direkodkan di Stasiun Meteorologi,
01:03Batu Embun, Jerantut, Pahang pada 10 April 2016.
01:07Mak Malaysia turut menjangkakan kira-kira 70% keberangkalian El Nino kali ini
01:11mengatasi kekuatan episod El Nino yang pernah direkodkan sejak 1950.
01:15Keadaan itu berpotensi menyebabkan kawasan utara dan pedalaman semenanjung selain pedalaman Sabah dan Sarawak
01:21mengalami suhu lebih tinggi daripada kebiasaan serta meningkatkan risiko cuaca panas dan gelubang haba
01:26bermula penghujung Monsu Timur Laut pada Januari hingga Mei 2027.
01:30Berdasarkan jangkaan terkini, lebih banyak stasiun meteorologi di utara semenanjung
01:34berkemungkinan mencatatkan suhu sehingga 40 darjah Celsius ketika kemuncak musim panas dalam tempoh berkenaan.
01:40Mak Malaysia berkata peningkatan suhu dan cuaca panas berpanjangan boleh meningkatkan risiko gelombang haba
01:45serta memberi kesan kepada kesihatan khususnya kanak-kanak, warga emas dan individu yang melakukan aktiviti di luar.
01:52Pengurangan taburan hujan serta tempoh kering yang lebih panjang juga berpotensi memberi tekanan kepada sumber air
01:57termasuk kawasan terahan dan empangan selain menjejaskan sektor pertanian serta industri yang sensitif terhadap kekurangan air.
02:04Keadaan paras dan kering berpanjangan telah menyebabkan kawasan vegetasi lebih mudah terbakar
02:09sekaligus meningkatkan risiko kebakaran hutan dan tanah gambut serta kejadian jerebu pada skala tempatan maupun rentas sempadan.
Comments