00:00Indonesia membuka semula lapangan terbang antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta dan empat lapangan terbang lain yang sebelum ini ditutup susulan abu
00:07gunung berapi daripada beberapa siri letusan Gunung Anak Krakatau.
00:11Menteri Pengangkutan Indonesia, Dudi Purwagandi berkata, operasi di Soekarno-Hatta kembali disambung pada selasa selepas tiupan angin membawa abu gunung
00:19berapi menjauhi kawasan sekitar lapangan terbang berkenaan.
00:25Empat lapangan terbang lain termasuk sebuah lapangan terbang lebih kecil di Jakarta dan satu di Bandung, Jawa Barat turut dibuka
00:31semula.
00:31Sebuah lagi lapangan terbang telah kembali beroperasi pada eksinen manakala dua lapangan terbang masih ditutup atas faktor keselamatan.
00:38Bagaimanapun, Dudi berkata pihak berkuasa masih perlu menjalankan pemeriksaan terhadap 178 pesawat yang berada di Soekarno-Hatta sepanjang tempoh penutupan
00:47operasi.
00:48Menurutnya, proses pemeriksaan itu mungkin mengambil sedikit masa sebelum pesawat terbabit dibenarkan beroperasi semula.
00:55Sementara itu, Menteri Penyelaras Infrastruktur Indonesia, Agus Harimurti Yudhoyono berkata,
00:59kira-kira 341,000 penumpang terjejas susulan kelewatan, pengalihan laluan dan pembatalan penerbangan.
01:06Beliau berkata sebanyak 2,961 penerbangan terkesan di lapangan terbang yang ditutup akibat abu gunung berapi berkenaan.
01:13Abu daripada Gunung Anak Krakatau yang terletak di antara Pulau Jawa dan Sumatera dilaporkan menyelubungi Jakarta serta beberapa kawasan sekitarnya
01:20sejak letusan awal pada lewat Jumaat.
01:22Keadaan itu menyebabkan 8 lapangan terbang ditutup atas faktor keselamatan penerbangan.
01:27dan per entahan piangyayaナ Koran friesjalark di sini ada takut kita menus Gunung Anak Krakatau yang di!
01:27Terima kasih kerana menyebabkan merupakan kadang di laluan bertahankan!
01:27Terima kasih kerana menonton!
Comments