00:00Seterusnya, pertubuhan entiti Vape Malaysia, MOV, menggesa kerajaan segera menjelaskan kedudukan undang-undang dan kawal selia nikotin cecai.
00:08Presidennya, Syamsul Kamal Arifim berkata, ketidakpastian berkenaan boleh menyingkirkan peruncit sah dan membuka ruang kepada pengusaha haram.
00:18Gesaan itu menyusul keputusan Mahkamah Tinggi pada 15 Mei lalu yang membatalkan pengecualian nikotin cecai daripada senarai racun pada 2023.
00:26Kerajaan kemudian menarik balik keseluruhan rayuannya terhadap keputusan itu pada 18 Ogos lalu.
00:32Syamsul berkata, ketidakpastian tersebut boleh mewujudkan kesan larangan secara tidak langsung terhadap produk Vape sedangkan permintaan pengguna masih wujud.
00:40Katanya, tanpa kerangka yang jelas dan praktikal, peruncit sah boleh digantikan pengusaha haram yang beroperasi di luar syarat keselamatan produk,
00:48percukaian dan pengesahan umur.
00:49Beliau berkata Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 perlu dilaksanakan secara berkesan tanpa mewujudkan percanggahan dengan Akta Racun
00:581952.
01:00MUF turut menggesa pemeriksaan identiti secara seragam dan prosedur operasi ketat diwajibkan terhadap peniaga berdaftar bagi menghalang penjualan kepada individu
01:08bawah umur.
Comments