00:00Kerajaan Negeri Perak berharap Belanjawan 2027 memberi penekanan kepada agenda bandar pintar yang lebih cekap dan inklusif
00:08menerusi pemerkasaan pendigitalan pihak berkuasa tempatan serta pembangunan infrastruktur yang lebih mesra rakyat.
00:15Pengurusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandria Engsyai Ching berkata,
00:20sokongan kerajaan persekutuan penting bagi membantu pihak berkuasa tempatan mempercepat transformasi digital
00:26menerusi pelaksanaan teknologi dan sistem pintar.
00:31Menurut beliau, penggunaan sensor, sistem pemantauan pintar, pencahayaan pintar, integrasi data serta pengurusan aduan yang lebih bersepadu
00:39mampu meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
00:43Mula berkata, konsep bandar pintar bukan hanya tertumpu kepada penggunaan teknologi,
00:48sebaliknya membantu pihak berkuasa tempatan mengenai pasti masalah lebih awal mempercepat tindakan
00:53serta memastikan penggunaan dana awam dilakukan dengan lebih berkesan.
00:57Menurut Sandria, teknologi turut boleh dimanfaatkan bagi pemantauan aset, trafik, kebersihan dan infrastruktur
01:04sekaligus membolehkan keputusan dibuat berdasarkan data serta keadaan sebenar di lapangan.
01:10Pada masa sama, beliau menegaskan agenda bandar pintar perlu dilaksanakan secara inklusif
01:16dengan memastikan pembangunan fizikal turut mengambil kira keperluan semua lapisan masyarakat.
01:21Antara aspek yang diberi perhatian termasuk penyediaan laluan pejalan kaki, tandas awam,
01:26tanjakan, pencahayaan, kawasan rehat, serta kemudahan yang lebih mesra warga emas dan orang kurang upaya atau OKU.
01:34Menurut beliau, pendekatan itu penting memandangkan negara sedang berdepan perubahan demografi
01:39dan pertambahan populasi warga emas.
01:41Justru pembangunan serta naik taraf kemudahan awam perlu mengambil kira keperluan golongan berkenaan
01:46agar mereka dapat terus menjalani kehidupan dengan selamat dan selisa dalam komuniti masing-masing.
01:53Sanjaria turut menegaskan penyelenggaraan aset dan infrastruktur sedia ada
01:57tidak boleh diketepikan kerana ia memberi kesan langsung kepada kesejahteraan rakyat.
02:03Beliau berkata pelaburan awam perlu memberi tumpuan kepada projek yang memberikan manfaat terbesar kepada masyarakat.
02:08Selain membantu mewujudkan persekitaran bandar yang lebih selamat, mudah diakses dan selisa untuk didiami.
Comments