Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Fadhlina Sidek memuji komitmen Taanusiya Chetty terhadap pendidikan dan advokasi, yang disifatkan sebagai antara faktor penting kejayaannya meraih tempat ketiga Miss World 2026.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Menteri Pendidikan Fadlina Siddiq menyifatkan komitmen Ratu Cantik Malaysia, Tanusia Ceti terhadap pendidikan dan kerja advokasi antara sisi yang menonjol
00:09di sebalik kejayaannya meraih tempat ketiga Miss World 2026.
00:13Menurut Fadlina, pencapaian Tanusia di pentas dunia bukan hanya harus dilihat dari sudut kecantikan, tetapi merangkumi usahanya meletakkan pendidikan dan
00:21advokasi sebagai sebahagian daripada perjuangan.
00:24Beliau berpandangan kecantikan mungkin membuka ruang untuk seseorang berada di pentas, namun ilmu dan pemikiran yang menentukan bagaimana ruang itu
00:33dimanfaatkan.
00:34Fadlina turut mengucapkan tahniah kepada Tanusia atas pencapaian tersebut dan menggalakkannya untuk terus menggunakan pentas serta suara yang dimiliki bagi
00:42membawa perkara-perkara yang bermakna.
00:44Tanusia meraih tempat ketiga dalam Miss World 2026 sekaligus meletakkan Malaysia kembali dalam kelompok tiga terbaik pertandingan itu selepas 28
00:53tahun.
00:55Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended