00:00Enam gunung berapi aktif di Indonesia dilaporkan meletus pada hari sama.
00:05Namun pihak berkuasa menegaskan fenomena itu berlaku secara berasingan dan tidak berpunca daripada satu proses geologi yang sama.
00:16Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi PVMBG memaklumkan gunung berapi yang meletus secara serentak itu ialah gunung Ibu di Maluku
00:25Utara,
00:25Gunung Semeru di Jawa Timur, Gunung Lewatobi Laki-Laki dan Gunung Ile Lewatolok di Nusa Tenggara Timur MTT,
00:33Gunung Anak Krakatau di Selat Sunda serta Gunung Sinabung di Sumatera Utara.
00:39Ketua PVMBG Rita Susilawati berkata kejadian beberapa gunung berapi meletus dalam tempoh yang sama bukanlah sesuatu yang luar biasa.
00:48memandangkan Indonesia terletak di kawasan lingkaran api pasifik dan mempunyai 127 gunung berapi aktif.
00:58Menurut beliau, setiap gunung berapi mempunyai sistem magma dan proses vulkanik sendiri justru tiada bukti yang menunjukkan letusan tersebut saling
01:07berkait antara satu sama lain.
01:12PVMBG turut menjelaskan pergerakan kerak bumi tidak semestinya menjadi pencetus kepada letusan gunung berapi,
01:18kecuali jika terdapat perubahan ketara pada data pemantauan seperti aktiviti seismik dalaman, deformasi gunung, suhu serta pelepasan gas.
01:28Berikutan letusan yang berlaku, pihak berkuasa menggesa penduduk yang tinggal berhampiran kawasan gunung berapi supaya mematuhi zon larangan yang ditetapkan
01:39dan sentiasa mendapatkan maklumat terkini daripada saluran rasmi.
01:44Terima kasih telah menonton!
Comments