Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Seorang pekerja maut selepas terjatuh dari perancah setinggi tujuh meter di sebuah tapak pembinaan di Bayan Lepas. JKKP mengarahkan kerja dihentikan sementara dan menjalankan siasatan lanjut.
Transcript
00:00Seorang pekerja maut selepas terjatuh dari perancah setinggi kira-kira 7 meter ketika menjalankan kerja-kerja merombak perancah di sebuah
00:07tapak pembinaan di Bayan Lepas, Pulau Pinang, Jumat Lepas.
00:10Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan JKKP Pulau Pinang dalam kejataan pada ahad maklumkan, siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam
00:171.30 tengah hari ketika mangsa sedang menuruni perancah untuk berehat bagi makan tengah hari.
00:22Jelasnya semasa menuruni perancah tersebut, mangsa telah terjatuh dari ketinggian kira-kira 7 meter ke lantai. Akibat kejadian, mangsa mengalami
00:30kecereraan parah di bahagian kepala dan dibawa ke hospital Pulau Pinang HPP untuk mendapatkan rawatan namun disahkan meninggal dunia.
00:38Susulan kejadian itu, JKKP Pulau Pinang mengeluarkan arahan menghentikan aktiviti kerja serta larangan kacau ganggu bagi memelihara kawasan kejadian dan
00:45memastikan siasatan dapat dijalankan dengan lancar.
00:48JKKP maklumkan siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mendapatkan keterangan daripada majikan dan saksi bagi mengenal pasti punca kemalangan dan menentukan
00:57tahap pematuhan terhadap perundangan keselamatan serta kesihatan pekerjaan.
01:01Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 15, Seksyen 18A dan Seksyen 18B Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1984 Akta 514 selain peraturan
01:10-peraturan keselamatan dan kesihatan pekerjaan berkaitan.
Comments

Recommended