00:00PAS berharap tiada lagi tangan-tangan gaib yang cuba menggagalkan agenda penyatuan UMAH.
00:06Bekas Ahli Parlimen Temerloh, Nasruddin Hassan Tantawi berkata,
00:09usaha penyatuan yang dibina juga tidak seharusnya dimusnahkan oleh pihak yang bertindak sebagai batu api.
00:19Berucap di muktamar tahunan PAS ke-72 di Kota Baru, Kelantan pada Sabtu,
00:23Nasruddin berkata agenda penyatuan UMAH bukan sekadar strategi politik,
00:27sebaliknya tuntutan agama yang perlu dilaksanakan.
00:30Menurutnya penyatuan tidak bermakna PAS perlu mengorbankan prinsip perjuangan.
00:34Sebaliknya kekuatan perlu dihimpunkan berdasarkan perkara yang disepakati,
00:39manakala perbezaan diuruskan dengan ilmu, adab dan hikmah.
00:42Harap kali ini betul-betul jadi dan kita buat sampai jadi insyaAllah.
00:49Harap tiada lagi batu api yang membakar jambatan yang telah kita dirikan.
00:54Harap tidak ada lagi tangan-tangan raib yang memainkan silap mata untuk menggagalkan agenda penyatuan ini.
01:02Dalam pada itu, Nasruddin mengingatkan ahli, pemimpin dan penyokong PAS
01:06supaya tidak menjadikan media sosial sebagai medan perpecahan.
01:10Janganlah kerana hanya kita nak menang satu hujah berdepan dengan netizen di media sosial,
01:16maka kita kehilangan seribu hati yang sedang mendekati perjuangan Islam yang kita dukung ini.
01:22PAS juga jelasnya membuka pintu kepada pihak yang pernah bersama,
01:26meninggalkan atau berbeza pandangan dengan parti berkenaan.
01:29Usul memperkasakan agenda penyatuan umah yang dibentangkan Dewan Ulamak PAS Pusat itu
01:34kemudian diterima sebulat suara oleh perwakilan.
01:37Terima kasih kerana menonton!
Comments