00:00Maktab Ketahanan Nasional MKN perlu terus diperkasakan sebagai institusi berwibawa dalam membentuk barisan kepimpinan yang mampu mendepani lanskap keselamatan dan
00:10pertahanan negara yang semakin kompleks.
00:12Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohd Khalid Nordin berkata, MKN jadi platform penting dalam meningkatkan kefahaman mengenai keselamatan dan pertahanan negara
00:20dalam kalangan pemimpin kanan sektor pertahanan, keselamatan dan awam.
00:25Beliau berkata demikian dalam hantaran di laman Facebook selepas menerima kunjungan hormat komandan MKN, Major General Datuk Saiful Bahari Zainul
00:33di Wisma Pertahanan pada Jumaat.
00:35Katanya MKN antara institusi di bawah pusat pengajuan pertahanan nasional Pusbahanas yang berperanan membangunkan kepimpinan strategik.
00:42Mohd Khalid berkata beliau berharap agar MKN di bawah kepimpinan Saiful Bahari terus diperkasakan sebagai institusi yang berwibawa dalam peranannya
00:51melahirkan pemimpin yang berkeupayaan membuat pertimbangan
00:54strategik dan memahami kepentingan keselamatan serta pertahanan negara secara menyeluruh.
00:59Mohd Khalid sebelum itu menerima kunjungan hormat daripada Presiden Pusbahanas yang baru, Lieutenant General Datuk Mahadzir Amin.
01:06Dalam pertemuan itu, beliau turut berharap institusi itu terus berperanan sebagai medan utama dalam membentuk pemikiran strategik serta melahirkan barisan
01:13kepimpinan pertahanan yang berupaya mengharungi cabaran keselamatan semasa dan masa hadapan.
Comments