00:00Siti Seagung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB Antonio Guterres memberi amaran dunia berada di landasan untuk melepasi had pemanasan global
00:081.5 darjah Celsius dalam tempoh beberapa tahun akan datang.
00:13Dalam mesej video yang dikeluarkan pada Rabu, Guterres berkata dunia semakin menghampiri had yang ditetapkan menerusi perjanjian Paris 2015.
00:23Melalui perjanjian itu, negara-negara dunia berikrar untuk berusaha mengehadkan peningkatan suhu global kepada 1.5 darjah Celsius berbanding tahap
00:32sebelum era perindustrian.
00:34Guterres berkata laporan terbaru Program Alam Sekitar PBB memberi amaran bahawa dunia gagal memenuhi janji berkenaan.
00:40Menurutnya gelombang haba melampau, kebakaran hutan dan banjir besar yang meragut nyawa kini menjadi antara petanda kesan perubahan iklim yang
00:47bakal lebih buruk.
00:48Beliau memberi amaran bahawa setiap peningkatan kecil suhu boleh meragut nyawa, menjejaskan sumber pendapatan, memperluas ketidaksamaan dan merosakkan ekosistem.
00:58Bagaimanapun, Guterres berkata usaha menghadkan pemanasan global masih boleh dilakukan dan suhu boleh kembali berada di bawah paras 1.5
01:06darjah Celsius menjelang akhir abad ini.
01:08Beliau menggesa negara-negara dunia mempercepatkan usaha mengurangkan penggunaan bahan api fosil, memperluas penggunaan tenaga boleh diperbaharui serta mengurangkan pencemaran
01:17metana.
01:18Pada masa sama, perlindungan terhadap kawasan daratan, hutan dan lautan perlu diperkukuh.
01:23Guterres turut menggesa kerajaan, meningkatkan sasaran dalam pelan tindakan iklim dan komitmen mencapai pelepasan karbon sifar bersih.
01:30.
01:30.
01:31.
01:31Terima kasih kerana menonton!
Comments