00:00Kita beralih ke tragedi banjir di Nepal, Tibet.
00:03Tentera Nepal mempergiat operasi mencari dan menyelamat
00:06susulan banjir kilat dasyat di kawasan Himalaya.
00:09Namun berdepan cabaran, termasuk lumpur tebal dan mangsa
00:12yang terperangkap di dalam terowong gunung.
00:16Lapisan lumpur menyukarkan helikopter untuk mendarat dan berlepas
00:19di kawasan yang terjejas, termasuk Temure, Shabdu Besi dan Mailung.
00:23Kata juru cakap, tentera Raja Ram Basnet pada Jumaat
00:26di Batar Bazar, wilayah Bangmati
00:29yang bersempadan dengan Tibet.
00:34Sebanyak 14 helikopter penyelamat sedang beroperasi di wilayah itu
00:37dan usaha menyelamat telah dipertingkatkan, kata Basnet.
00:41Pihak berkuasa pengurusan bencana Nepal berkata
00:43lebih 4,400 orang telah diselamatkan menjelang pagi Sabtu.
00:48Tentera menggunakan helikopter untuk memindahkan penduduk
00:51yang terputus hubungan dan membawa mereka ke kem latihan tentera
00:54di Batar Bazar.
00:56Tentera memikul tanggungjawab utama bagi operasi mencari dan menyelamat
01:00semasa bencana di Nepal.
01:02Menurut Basnet, terowong di kawasan pergurungan itu adalah satu lagi cabaran
01:06memandangkan mangsa dilaporkan terperangkap di dalamnya.
01:09Hanya 4 orang berjaya diselamatkan daripada terowong tersebut
01:13menjelang pagi Jumaat.
01:14Katanya, sambil menambah, ramai lagi dipercayai masih terperangkap.
01:18Rakaman video menunjukkan anggota penyelamat mengeluarkan dua pekerja
01:22yang diselaputi lumpur dalam keadaan masih hidup
01:25dari sebuah terowong di logi jana kuasa hidroelektri.
01:28Terima kasih telah menonton!
Comments