00:00Jabatan Komunikasi Komuniti JCOM kini sedang melaksanakan inisiatif merapatkan jurang komunikasi antara kerajaan dan rakyat
00:07menerusi sesi perbincangan kumpulan fokus bersama rakan media di seluruh negara.
00:13Ketua pengarahnya Muhammad Isyamuddin Ghazali berkata pendekatan itu bertindak sebagai mekanisme semak dan imbang
00:20dengan mengumpul data prima secara terus daripada peringkat akar umbi.
00:26Hari ini kita berbincang antara isu-isu yang rakyat tempatan dan rakan-rakan media sebut tadi adalah isu kabotaj
00:34kenaikan harga barang yang tinggi di Sabah, yang kedua adalah isu berkaitan isu air, yang ketiga adalah isu berkaitan dengan
00:41infrastruktur jalan raya
00:43selain daripada itu isu diesel, kota diesel dan isu kelima adalah berkaitan tiket kapal terbang.
00:50Katanya semua input yang dikumpul daripada peringkat akar umbi akan dibawa kepada pihak kerajaan
00:56sebagai input dan semak imbang bagi memastikan isu-isu kritikal dapat ditangani segera.
01:02Tambah beliau, isu berkaitan keperluan asas rakyat juga perlu diberi keutamaan
01:07termasuk kesukaran untuk mendapatkan makanan, menyara keluarga, akses kepada pendidikan dan perkhidmatan kesihatan yang baik.
01:15Isu perut rakyat ini kita kena utamakan segera. Kesusahan rakyat di bawah untuk hidup, makan, menyara keluarga, sekolah
01:23dan dapat servis kesihatan yang baik, pendidikan yang cukup adalah amat penting.
01:28Jadi yang itu saya akan lebih utamakan. Maksudnya isu itu terus kepada rakyat yang memerlukan
01:32dan kerajaan perlu peka dan alert setelah menyesatkan segera.
01:37Beliau berkata demikian kepada media selepas ditemui di sesi Ramah Mesra bersama ketua pengarah JECOM di Pen Borneo Hotel Putatan.
01:44Terima kasih telah menonton!
Comments