00:00Zon ekonomi khas Johor Singapura JSSEZ terus mengukuhkan kerudukannya sebagai tarikan pelaburan serantau apabila nilai pelaburan langsung asing FDI yang
00:10diterima sejak penubuhannya mencecah RM126.9 bilion.
00:15Menteri Besar Johor Dato' Anafis Ghazi berkata tumpuan selepas ini adalah memastikan momentum pelaburan berkenaan diteruskan menerusi pelaksanaan pelan induk
00:24JSSEZ.
00:27Zon kenaan pada masa yang sama akan memberi keutamaan kepada industri bernilai tinggi yang mampu mewujudkan lebih banyak pekerjaan serta
00:34manfaat ekonomi kepada Johor dan Singapura.
00:37Kerajaan negeri juga melihat JSSEZ sebagai satu platform berpotensi menjadi pintu masuk pelabur yang mahu mengembangkan perniagaan mereka ke pasaran
00:46ASEAN.
00:46Pada masa yang sama, usaha menarik lebih banyak syarikat ke JSSEZ untuk mendapat sokongan sektor keuangan apabila Maybank dan Persekutuan
00:53Pengilang Singapura atau SMF
00:55memeterai Memorandum Persefahaman atau MOU untuk membantu syarikat pengilang meneroka peluang memperluaskan operasi mereka di zon tersebut.
01:04Kerjasama itu memberi tumpuan kepada rangkaian syarikat pengilang serta rakan vendor SMF termasuk syarikat tempatan dan multinasional dengan Maybank menyediakan
01:13akses kepada rangkaian perbankan dan keupayaan keuangannya di rantau ASEAN.
01:17Sementara itu, Presiden SMF Lennon Tan berkata sektor pembuatan menyumbang lebih 17% kepada keluaran dalam negara kasar atau KDNK
01:25Singapura dan menyediakan hampir 500,000 pekerjaan.
01:29Katanya syarikat Singapura perlu melihat peluang di luar pasaran domestik untuk meneruskan pertumbuhan dengan JSSEZ menyediakan pilihan untuk membahagikan operasi
01:39antara kedua-dua negara.
Comments