00:00Pengumuman penambahbaikan mekanisme subsidi diesel oleh Kerajaan Persekutuan dijangka dibuat dalam tempoh kurang daripada sebulan.
00:07Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kursa Hari Hidup Datuk Armizan Muhammad Ali,
00:12Kementerian Optimis, pengumuman itu mampu dilakukan lebih awal berbanding anggaran tempoh antara 1 hingga 2 bulan sebelum ini.
00:20Tanpa niat untuk mendahului Kementerian Kewangan MOF, Armizan berkata KPDN Optimis kerana dalam tempoh itu sesi libat urus dengan pihak
00:28terlibat
00:28telah dilaksanakan dan segala maklum balas sudah diberikan kepada MOF.
00:33Jelasnya terdapat beberapa penambahbaikan telah dikenalpasti bagi memastikan pelaksanaan subsidi berkenaan sentiasa memelihara kepentingan rakyat.
00:41Pada 16 Ogos lepas, Menteri Kewangan 2, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dilaporkan berkata beberapa penambahbaikan pelaksanaan sistem subsidi diesel
00:50bersasar
00:51sedang diteliti dan bakal diumumkan kerajaan dalam tempoh 1 hingga 2 bulan lagi.
00:55Amir Hamzah berkata langkah penambahbaikan itu merangkumi penyederhanaan proses pemohonan, kelonggaran kriteria, kelayakan
01:03bagi isu kenderaan sambung bayar dan pemindahan kuota kepada ahli keluarga terdekat.
01:09Sementara itu, Armizan berkata KPDN telah membuka kertas siasatan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatatan
01:15terhadap dua syarikat pengusaha feri yang menaikkan harga tambang feri di Kudat melibatkan perjalanan dari Kudat ke Pulau Banggi.
01:22Beliau berkata notis mendapatkan maklumat yang dikeluarkan pada penghujung Mac lepas pada syarikat itu tidak mendapat maklum balas
01:29sekaligus mendorong arahan kepada Suruhanjaya Persaingan Malaysia MyCC untuk menyiasat kewujudan elemen Pakatan Harga.
Comments