00:00Perdana Menteri Datuk Serihan Ibrahim memberi jaminan hubungan erat antara Kerajaan Persekutuan Sarawak dan Sabah akan terus diperkukuh.
00:08Menurutnya hubungan itu akan terus berteraskan semangat saling menghormati dan kepercayaan.
00:16Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata perkara itu dibincangkan bersama Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg
00:23dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Haji Jinor di Bandar Seri Begawan, Brunei.
00:27Pertemuan itu turut menyentuh persediaan menjelang Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 MA63.
00:36Mesyuarat berkenaan dijadual berlangsung di Kota Kinabalu dalam tempoh beberapa minggu lagi.
00:41Mereka juga bertukar pandangan mengenai perkembangan semasa dan usaha memperkukuh kerjasama
00:46demi kesejahteraan rakyat serta pembangunan yang lebih adil dan seimbang.
00:50Abang Johari dan Haji Jin merupakan antara pemimpin dalam delegasi Malaysia
00:55bagi rundingan Tahunan Pemimpin Malaysia Brunei ke-27 ALC-27.
01:00Malaysia dan Brunei secara prinsip bersetuju memudahkan pergerakan rakyat kedua-dua negara
01:04termasuk menambah baik urusan imigresen.
01:06Terima kasih kerana menonton!
Comments