Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Datuk Zakaria Shaaban berkata operasi yang bermula jam 1 tengah hari pada Khamis tu dijalankan susulan tindakan warga asing menjadikan premis perniagaan sebagai tempat penginapan dan perlindungan bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Jabatan Imigresen Malaysia menahan 59 warga asing dalam operasi penguatkuasaan di 8 premis perniagaan di sekitar Selangor pada Khamis.
00:08Ketua Pengarah Imigresen Dato' Zakaria Syakban berkata, operasi yang bermula jam 1.30 hari itu dijalankan susunan tindakan warga asing
00:16menjadikan premis perniagaan sebagai tempat penginapan dan perlindungan bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
00:23Jelas Zakaria operasi tersebut digerakkan sepasukan 17 pegawai pelbagai pangkat daripada bahagian penguatkuasaan Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya hasil risikan selama
00:352 minggu serta aduan awam di premis yang dikenalpasti.
00:38Sebanyak 152 individu telah diperiksa terdiri daripada 75 warga negara dan 77 warga asing.
00:46Hasil pemeriksaan sebanyak 59 warga asing terdiri daripada 53 lelaki dan 6 wanita telah ditahan kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan
00:56imigresen.
00:57Antara kesalahan yang dikesan termasuklah tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah, tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan serta menyalahgunakan pas yang
01:06dikeluarkan.
01:073 borang 29 iaitu saman kepada saksi turut dikeluarkan terhadap individu yang berada di lokasi operasi bagi membantu siasatan lanjut.
01:16Kesemua warga asing yang ditahan kini ditempatkan di depo tahanan imigresen bagi tujuan siasatan dan tindakan lanjut
01:23di bawah Akta Imigresen 1959-1963 serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
01:30Terima kasih kerana menonton

Recommended