00:00Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sejarah Hidup KPDN bersedia menggubal peraturan bagi memastikan sumber bekalan dan status halal ayam
00:08di pasaran lebih telus.
00:10Menurut Menterinya, Datuk Armizan Muhammad Ali, langkah itu bertujuan membolehkan pengguna mengetahui maklumat pusat penyebelihan serta status pensijilan halal ayam
00:21yang dijual.
00:23Armizan berkata peraturan itu akan diusulkan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 bagi membolehkan maklumat berkaitan sumber penyebelihan dan pensijilan
00:32halal dipaparkan kepada pengguna.
00:35Beliau terus menjelaskan usaha itu akan membabitkan kerjasama pelbagai agensi termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Jakim, pihak berkuasa agama negeri,
00:44pihak berkuasa tempatan PBT dan Kementerian Kesihatan Malaysia KKM.
00:49Katanya tanggungjawab memastikan integriti rantaian bekalan halal tidak seharusnya hanya bergantung kepada Jakim dan pihak berkuasa agama negeri, sebaliknya perlu
00:58melibatkan semua agensi berkaitan.
01:00Dalam pada itu, Armizan juga menyokong cadangan supaya pemantauan berkala dilaksanakan terhadap pusat penyebelihan bertawliah bagi memastikan pematuhan terus dikekalkan.
01:10Isu itu dibangkitkan susulan kebimbangan terhadap kes penyebelihan ayam di Puchong, Selangor yang menyaksikan lebih 6.5 tan ayam mentah
01:19dirampas dalam operasi bersepadu pada 30 Oktober lalu.