00:00Baik, selanjutnya Jabatan Imigresen Malaysia Jim menempaskan sindiket penipuan dalam talian termasuk love scam dan penjualan barangan palsu selepas menahan
00:0821 individu dalam operasi di KLIA Terminal 1 dan Nilai Negeri 9 pada 19 Ogos lalu.
00:15Ketua Pengerahan Imigresen Dato' Zakaria Syahaban berkata sindiket yang dipercayai aktif sejak awal tahun itu menjadikan sebuah kediaman mewah di
00:23Taman Desa Melati Nilai sebagai pusat operasi.
00:29Sindiket berkenaan dipercayai mampu mengaut keuntungan sehingga 50 ribu dolar Amerika melalui kegiatan penipuan yang menyasarkan mangsa di luar negara.
00:37Operasi pada mulanya menahan seorang lelaki tempatan dipercayai anggota sindiket serta dua warga Cina di KLIA sebelum siasatan membawa kepada
00:45serbuan di premis dinilai.
00:47Hasil serbuan Jim menahan empat individu dipercayai dalam utama terdiri daripada tiga warga Cina dan seorang wanita warga Rusia.
00:55Turut ditahan ialah 12 warga Cina selain masing-masing seorang warga Vanuatu, Pakistan, India dan Myanmar dengan kesemua warga asing
01:03berusia antara 23 hingga 33 tahun.
01:06Siasatan mendapati sindiket dipercayai menggunakan telegram dan whatsapp untuk memperdaya mangsa menerusi taktik love scam serta penjualan barangan palsu.
01:13Menurut Zakaria, anggota sindiket dibekalkan skrip untuk memperdaya mangsa dan menerima komisen berdasarkan jumlah mangsa yang berjaya diperdayakan.
01:20Dalam operasi itu, Jim menyita 32 pasport Cina, masing-masing sebuah pasport Myanmar, India, Vanuatu dan Rusia, 11 set komputer
01:29meja, sebuah komputer riba, 44 telefon bimbit, sebuah proton X70 serta wang tunai RM4,800.
01:36Jim terlalu mendapati sindiket itu membantu kemasukan warga Cina ke Malaysia termasuk individu yang disenarai hitam dengan menggunakan pasport Cina
01:44berbeza bagi melepasi pemeriksaan e-gate di KLIA.
01:47Lelaki tempatan dan empat individu dipercayai dalam utama ditahan mengikut Seksyen 56-1-D, Akta Imigresen 1959-1963,
01:57manakala warga asing lain disesat mengikut Seksyen 15-1-C, Akta Sama serta Peraturan 39B, Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
02:07Kesemua mereka dibawa ke Pejabat Imigresen Putrajaya untuk tindakan lanjut.
02:11Terima kasih telah menonton!
Comments