00:00Lebih 30,000 penduduk terjejas akibat banjir di wilayah Nan, utara Thailand
00:04sejak pagi Rabu dengan dua kematian dilaporkan.
00:08Menurut Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana Thailand di DPM Banjir,
00:13susulan hujan lebat, banjir kilat dan limpahan tebing sungai itu
00:16menjejaskan lebih 13,000 isi rumah di empat daerah iaitu Puah, Tawangpa, Pupiang dan Santiso.
00:24Dua kematian dilaporkan di daerah Puah dan Tawangpa
00:27manakala pihak berkuasa kini meningkatkan usaha memindahkan penduduk
00:31terutama golongan rentan ke lokasi selamat.
00:34Pihak berkuasa berkata hujan selanjutnya boleh memurukkan keadaan
00:37justru penduduk diminta memantau paras air, taburan hujan
00:41serta amaran rasmi yang dikeluarkan.
00:44DDPM menyediakan pelbagai aset untuk operasi menyelamat dan bantuan
00:48termasuk bot dasar rata, jet ski, pump air, kenderaan meredah banjir
00:53serta kenderaan untuk memindahkan penduduk.
00:55Sebuah helikopter KA32 serta peralatan tindak balas bencana
01:00dari pusat serantau di Lampang, Chiang Rai dan Cainat
01:03turut dikerah bagi menyokong operasi bantuan.
01:08DDPM juga telah menghantar 5,000 beg bantuan
01:10untuk diagihkan kepada mangsa banjir mengikut pelan pihak wilayah.
01:14Bagi kawasan yang mana air banjir sudah surut,
01:17pihak berkuasa bersama NGO dan masyarakat setempat
01:20sedang melakukan kerja-kerja pembersihan dan pemulihan rumah,
01:24jalan raya serta kemudahan penting lain.
Comments