00:00Malaysia Airpods Holdings Berhad, MEHB, mengalukan pelaksanaan semula saringan fizikal secara bersasar di lapangan terbang sekiranya diperlukan berdasarkan penilaian risiko.
00:11Dalam kenyataan pada kamis, pengendali lapangan terbang itu memaklumkan langkah itu dilihat mampu menjadi langkah pencegahan tambahan.
00:20Ia selain penggunaan pengesan logam mudah alih, manakala penempatan unit anjing pengesan oleh polis dan jabatan kastam sebagai pelengkap fungsi
00:28keselamatan penerbangan FSEC sediada.
00:31Langkah keselamatan sediada terus diperkukuh menerusi penggunaan peralatan saringan yang dipertingkatkan di lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur KLIA serta lapangan
00:40terbang lain.
00:41Pengarah urusan MEHB, Datuk Muhammad Izani Ghani berkata, pendekatan bersepadu itu menangani cabaran lama dalam pengurusan keselamatan lapangan terbang, khususnya
00:51apabila ia melibatkan bidang kuasa beberapa agensi.
00:54Menurut kenyataan itu, FSEC akan terus memastikan operasi penerbangan awam dilindungi daripada tindakan campur tangan yang menyalahi undang-undang atau
01:04ancaman yang boleh menjejaskan keselamatan penerbangan dan pengangkutan udara termasuk penumpang membawa senjata api ke dalam pesawat.
01:12Pada Rabu, Jurucakap Kerajaan Madani Datuk Seri Fahmi Fadil berkata Jemaah Menteri meluluskan pelan komprehensif bagi memperkukuh kawalan di pintu
01:21masuk negara dengan tindakan segera bermula Rabu.
01:24Terima kasih.
Comments