00:00Manakala ekonomi China menunjukkan kelemahan secara menyeluruh pada Julai dengan pertumbuhan dijangka semakin berada di bawah sasaran tahunan kerajaan.
00:07Perdana Menteri Li Qiang berkata usaha pemulihan perlu berpaksikan matlamat pembangunan dengan keberkesanan dasar sedia ada dimanfaatkan sepenuhnya selain dasar
00:17tambahan yang praktikal dan berkesan dirangka segera.
00:21Kenyataan itu hadir selepas data kerajaan pada Isnin menunjukkan pengeluaran perindustrian, penggunaan dan pelaburan China semuanya berkembang lebih perlahan daripada
00:31jangkaan pada Julai.
00:33Tekanan terhadap penggubal dasar untuk meningkatkan rasangan ekonomi semakin meningkat berikutan ramai ahli ekonomi menganggarkan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar
00:43KDNK semakin berada di bawah sasaran tahunan Beijing antara 4.5 hingga 5% selepas hanya mencatat 4.3%
00:54pada suku kedua.
00:55Li berikrar untuk mempercepat peralihan negara itu kepada pemacu pertumbuhan baharu.
01:00Beliau berkata kerajaan akan memberi tumpuan kepada projek utama seperti enam rangkaian serta sektor yang mempunyai rantaian bekalan luas dan
01:09kepentingan ekonomi lebih besar bagi merancakkan permintaan domestik.
01:14Menurutnya penyaluran dana kerajaan akan dipercepatkan manakala lebih banyak sokongan akan diberikan kepada pelaburan dalam industri baharu, infrastruktur jenis baharu
01:24dan meningkatkan penggunaan.
Comments