00:00Syarikat perlu memastikan penggunaan teknologi modem bergerak seiring dengan peningkatan kemahiran pekerja bagi membolehkan produktiviti diterjemahkan kepada gaji yang lebih
00:10tinggi.
00:11Penasihat Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia MEF Dato' Syamsuddin Bardan berkata, kemajuan teknologi dan automasi tidak wajar hanya tertumpu kepada kecekapan
00:19operasi syarikat,
00:21sebaliknya perlu disertai latihan yang membolehkan pekerja menyesuaikan diri dengan perubahan tersebut.
00:28Syarikat-syarikat harus melihat bagaimana mereka dapat sebenarnya mengimbangi kendak-kendak teknologi modem untuk mereka beroperasi
00:38dan pekerja-kekerja harus diberikan latihan yang sewajarnya supaya mereka dapat menangani isu-isu baru yang timbul mengenai kemahiran itu
00:48juga mengenai teknologi modem, digitalisasi dan juga automasi.
00:53Jadi, bila kita dapat meningkatkan kemahiran pekerja berkenaan, sudah pasti majikan akan dapat imbuhan ataupun majikan akan dapat membayar gaji
01:04pekerja
01:04kerana mereka dapat untungan yang lebih dan pekerja lebih produktif.
01:08Justeru kata beliau, pendekatan seperti dasar gaji progresif penting kerana peningkatan gaji turut digandingkan dengan latihan dan peningkatan kemahiran pekerja.
01:17Pendekatan itu membolehkan pekerja meningkatkan keupayaan dan produktiviti sekaligus mewujudkan asas lebih kukuh kepada majikan untuk menawarkan gaji yang lebih
01:27tinggi.
01:28Pada masa sama, Ketua Penerangan Majlis Belia Malaysia MBM, Syafiq Rizwan Jamaluddin berkata,
01:33kerajaan dan majikan perlu bergerak seiring menjadikan lebih banyak pekerjaan berkualiti, berproduktiviti tinggi dan menawarkan gaji lebih bermaruah kepada belia.
01:42Menurutnya, cabaran lebih ketara di kawasan tumpuan ekonomi seperti Kuala Lumpur dan Selangor apabila peluang kerja yang ada masih belum
01:50sepenuhnya sepadan dengan kemahiran serta kosan hidup yang tinggi.
01:54Beliau turut menyeru majikan menawarkan gaji permulaan yang lebih realistik dengan kos sewa, pengakutan dan makanan selain menekankan perlunya jalan
02:02tengah antara belia, majikan, kerajaan dan pembuat dasar.
Comments