00:00Pertumbuhan ekonomi Thailand menyusut pada suku kedua 2026 apabila kelembapan dalam penggunaan swasta dan perbelanjaan kerajaan mengatasi peningkatan pelaburan swasta
00:09serta keuntungan ekspor yang berterusan.
00:11Menurut Pejabat Matris Pembangunan Ekonomi dan Sosial Negara, keluaran dalam negara kasar KDNK negara itu bagi tempoh April hingga Jun
00:19meningkat 1.9% berbanding setahun sebelumnya, menyusut daripada peningkatan 2.8% pada suku sebelumnya.
00:28Bagi asas suku tahunan KDNK menyusut 0.2% yang diselaraskan secara musim pada suku kedua berbanding peningkatan 0.6
00:38% yang disemak semula dalam tempoh 3 bulan sebelumnya.
00:41Ia sekaligus mencatatkan penguncupan pertama dalam tempoh 3 suku tahun kata NESDC dalam satu kenyataan.
00:49Penggunaan swasta meningkat 1.9% tahun ke tahun turun daripada 3.3% pada suku sebelumnya seiring dengan kelembapan
01:00perbelanjaan di kebanyakan kategori.
01:03Perbelanjaan kerajaan pula berkembang 0.2% menyusut daripada 3.4% sebelum ini menurut agensi perancangan negara itu.
01:13Sementara itu, pelaburan awam merosot 1.6% mencatatkan penguncupan pertama dalam 3 suku tahun berbanding pertumbuhan 9.4%
01:24pada suku pertama.
01:26Namun, pelaburan swasta melonjak 13.4% meningkat daripada 10.1% pada suku sebelumnya dan mencatatkan pertumbuhan tertinggi dalam
01:37tempoh 54 suku tahun.
Comments