Skip to playerSkip to main content
  • 8 minutes ago
Menurut firma penyelidikan Apex Securities, meskipun negara diunjur mencatatkan pertumbuhan kukuh pada separuh kedua, risiko luaran dijangka semakin ketara dalam tempoh tersebut.
Transcript
00:00Baik, seterusnya tekanan kos yang meningkat dan ketidaktentuan dasar perdagangan Amerika Syarikat berisiko menghakis momentum ekonomi Malaysia pada separuh ke
00:10-2 2026.
00:11Menurut firma penyelidikan Apex Securities, meskipun negara diunjur mencatatkan pertumbuhan kukuh pada separuh ke-2, risiko luaran dijangka semakin ketara
00:22dalam tempoh tersebut.
00:23Justru, firma itu mengekalkan unjuran pertumbuhan KDNK 2026 pada 5% dengan imbangan risiko condong ke arah peningkatan selepas ekonomi
00:33berkembang 6% pada separuh ke-2.
00:36Pertumbuhan itu menunjukkan momentum teguh apabila KDNK naik 2.5% suku ke suku, pertumbuhan paling pantas sejak suku ke
00:43-2 2022 selepas mencatatkan penyusutan 0.03% pada suku pertama tahun ini.
00:50Ekspor bersih menjadi pemaca utama, menyumbang 2.4 mata peratusan kepada pertumbuhan KDNK, dibantu oleh lonjakan ekspor sebenar sebanyak 17
00:59% hasil permintaan kukuh terhadap produk elektrik dan elektronik atau E&E.
01:05Penggunaan swasta juga kekal berdaya tahan dengan pertumbuhan 4.8% walaupun jumlah pelaburan jatuh kepada 4.6% dalam
01:14perbandingan suku ke suku.
01:15Justru, Apex Securities menjangka pertumbuhan ekonomi yang sederhana, sekitar 4.4% pada separuh ke-2 tahun ini.
01:23Ia turut menaikkan unjuran lebihan akaun semasa 2026 kepada kira-kira 2% daripada KDNK dan menjangka Bank Negara Malaysia
01:31mengekalkan kadar dasar semalaman atau OPR pada 2.75% sepanjang tahun ini.
01:38Ia turut mengekalkan peratusan kepada KDNK dan mengekalkan peratusan kepada KDNK.
Comments

Recommended