Skip to playerSkip to main content
  • 9 minutes ago
Jualan bersih tertinggi direkodkan pada Jumaat sebanyak RM181.3 juta, diikuti Selasa RM171.4 juta, Khamis RM125.9 juta, Rabu RM92.2 juta dan Isnin RM52.8 juta.
Transcript
00:00Pelabur institusi asing meneruskan jualan bersih di Bursa Malaysia untuk minggu kedua berturut-turut mencatatkan jumlah aliran keluar sebanyak RM623
00:10.6 juta minggu lalu.
00:13Menurut firma penyelidikan MBSB Research, kumpulan tersebut menjadi penjual bersih pada kesemua lima hari dagangan dalam minggu tersebut.
00:24Jualan bersih tertinggi direkodkan pada Jumaat sebanyak RM181.3 juta, diikuti Selasa RM171.4 juta, Kamis RM125.9 juta, Rabu
00:39RM92.2 juta dan Isnin RM52.8 juta.
00:45Dalam tempoh yang sama, aliran dana asing di lapan pasaran Asia kembali mencatatkan pembelian bersih dengan Taiwan, Korea Selatan, India
00:53dan Thailand menjadi penerima utama.
00:56Walaubagaimanapun, institusi tempatan meneruskan tren pembelian bersih untuk minggu ketiga berturut-turut mencecah jumlah belian RM355.5 juta.
01:05Malah kala pelabur runcit pula kembali menjadi pembeli bersih dengan aliran masuk RM268.1 juta selepas mencatatkan jualan bersih selama
01:14dua minggu berturut-turut.
01:15Dari segi purata jumlah dagangan harian, aktiviti semua kumpulan pelabur menyusut dengan jumlah dagangan pelabur runcit turun 1.1%,
01:23institusi tempatan susut 10.9% dan institusi asing berkurang 3.7%.
01:31MBSB Research berkata sektor pengangkutan dan logistik serta telekomunikasi dan media menjadi pilihan utama pelabur asing.
01:38Malah kala sektor perkhidmatan keuangan, produk dan perkhidmatan perindustrian serta produk dan perkhidmatan pengguna menyaksikan jualan bersih asing tertinggi.
01:47MBSB berkata meskipun aliran keluar dana asing terus memberi tekanan kepada perusahaan Malaysia,
01:52pasaran ekuiti tempatan masih mendapat sokongan daripada institusi tempatan dan pelabur runcit.
Comments

Recommended