Skip to playerSkip to main content
  • 12 hours ago
MBSB berkata buat masa ini, Maxis terus menunjukkan prestasi hasil perkhidmatan yang berdaya tahan, dengan hampir semua subsegmen hasil mencatatkan peningkatan, kecuali segmen hasil perniagaan rumah yang menyaksikan penyusutan purata hasil setiap pengguna (ARPU).
Transcript
00:00Maxis Berhadir jangka meneruskan aktiviti pegabungan dan pengambil alihan M&A bagi meningkatkan pendapatannya mulai tahun kewangan 2027.
00:10Menurut firma penyelidikan MBSB Research, langkah itu juga berpotensi mengukuhkan lagi peniagaan perusahaan kumpulan tersebut.
00:22MBSB berkata buat masa ini, Maxis terus menunjukkan prestasi hasil perkhidmatan yang berdaya tahan dengan hampir semua subsegmen hasil mencatatkan
00:31peningkatan kecuali segmen hasil perniagaan rumah yang menyaksikan penyusutan purata hasil setiap pengguna ARPU.
00:39Katanya disiplin pengurusan kos yang berterusan turut menyokong pengembangan margin keuntungan kumpulan itu secara berperingkat.
00:46Bagi suku kedua tahun kewangan 2026, pendapatan dinormalkan Maxis meningkat 10% tahun ke tahun kepada RM440 juta disokong pertumbuhan
00:57hasil segmen pengguna dan perusahaan masing-masing sebanyak 2.2%.
01:02Marjin keuntungan turut meningkat kepada 16.6% daripada 15.7% pada suku kedua 2025.
01:11Secara kumulatif pendapatan dinormalkan separuh pertama tahun kewangan 2026 meningkat 12% tahun ke tahun kepada RM861 juta didorong pertumbuhan
01:22hasil pasca bayar sebanyak 4.2% serta hasil tetap dan penyelesaian sebanyak 7.8%.
01:30Prestasi kewangan bagi tempoh enam bulan pertama itu sedikit menjangkaui unjuran penganalisis berangkumi 53.6% daripada anggaran pendapatan penuh
01:41tahun kewangan 2026.
01:43MBSB Research berkata dalam tempoh terdekat, disiplin kos dan prestasi operasi yang lebih baik dijangka membantu Maxis mengimbangi potensi pengiktirafan
01:53sumbangan daripada Digital Nasional Berhad DNB.
01:56Dengan potensi M&A sebagai pemacu pertumbuhan baharu mulai tahun kewangan 2027, pengukuhan perniagaan perusahaan serta hasil dividen hampir 5%,
02:08Maxis dilihat mempunyai beberapa faktor sokongan untuk mengekalkan momentum pendapatan dan menarik minat pelabur bergerak ke hadapan.
Comments

Recommended