Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Dua kanak - kanak lelaki yang menghidap penyakit genetik jarang berlaku, Spinal Muscular Atrophy ( SMA) Type 2 memerlukan dana sebanyak RM1.04 juta bagi menjalani rawatan terapi gen di Indonesia.
Transcript
00:00Seterusnya, dua kanak-kanak lelaki yang menghidap penyakit genetik jarang berlaku.
00:04Spinal Muscular Atrophy SMA Type 2 memerlukan dana sebanyak RM1.04 juta bagi menjalani rawatan terapi gen di Indonesia.
00:16Muhammad Iman Hafiz Muhammad Syafiq berusia 5 tahun dan Muhammad Hadif Fayad Muhammad Farhan, dua tahun masing-masing dari Taiping,
00:26Perak dan Terengganu, semakin hilang upaya untuk berdiri dan bergerak akibat kemerosotan neuron motor.
00:35Kedua-duanya memerlukan rawatan segera bagi menjalani terapi gen yang akan dijalankan di sebuah hospital swasta di Jakarta pada 24
00:46Ogos ini.
00:47Menurut Muhammad Syafiq Syarifuddin, bapa kepada Muhammad Iman Hafiz, anaknya hanya mengensot menggunakan punggung atau merangkak untuk pergerakan dalam rumah
01:00dan ia sangat meruntun hatinya.
01:03Anak-anak saya, saya dapat kesan dia tu masa dia berumur 2 tahun lah.
01:10Dia, asalnya dia macam kanak-kanak biasa lah baru tak mula nak berjalan.
01:17Tapi selepas pada umur, umur nekat ke 2 tahun, kami rasa pelik lah sebab dia tak boleh berjalan kan.
01:26Lepas kemudian tu kami pergi refer ke hospital.
01:33doktor detect dia ada masalah motor delay sahaja.
01:37Tapi selepas umur 4 tahun, baru dia di-diagnose mengidap penyakit SMA ni lah.
01:45Sebab masa sekarang ni, anak saya ni dia tak mampu berdiri lah.
01:50Dia jadi lemah otot dan dia kerap mengalami gangguan ni lah, sembelit.
01:57Bapa kepada dua cahaya mata itu berkata, dia dan isteri Nurin Shazlin Atikah Muhammad Supian hanya berniaga secara kecil-kecilan.
02:07Tidak mampu menyediakan wang yang banyak untuk kos rawatan anaknya dan amat berharap bantuan daripada orang ramai.
02:15Manakala bapa kepada Muhammad Hadi Fayyad, Muhammad Farhan yang bekerja sebagai penyelia pasaraya berkata,
02:23Anaknya tidak mampu berdiri dan kedua-dua belah tangan tidak boleh diangkat tinggi buat masa ini.
02:31Berikutan keadaan anaknya itu, istrinya Nur Hidayah Mokhtar yang bekerja sebagai kerani mengambil cuti tanpa gaji
02:38demi menjaga anak tunggal mereka.
02:42Dia punya kaki dah lembek, dia dah refuse untuk mengangkak sebab sebelum ni dia boleh mengangkak.
02:48Dia boleh berdiri dengan support, dia boleh duduk dengan baik.
02:52Tapi buat masa sekarang ni, semua fungsi-fungsi tu hilang.
02:57Termasuk dengan yang sekarang ni, cara dia duduk tu, dia tak boleh nak duduk dalam keadaan yang lama lah.
03:06Dia akan tumbang sama ada kiri kanan, dia perlukan support dekat sekeliling lah.
03:11Sekarang ni duduk di rumah, istri saya jagalah.
03:15Sementara itu, pengurusi One Hope Charity and Welfare, Datuk Chua Suihao berkata,
03:20SMA boleh menyebabkan kekuatan otot kanak-kanak itu semakin lemah
03:25dan berisiko kehilangan keupayaan bergerak sekiranya tidak mendapat rawatan segera.
03:32Sehubungan dengan itu, pihaknya melancarkan dana kutipan bermula hari ini
03:36bagi meringankan beban yang ditanggung kedua-dua keluarga berkenaan.
03:41Ketua-tua kanak-kanak ini disahkan sesuai untuk menjalani rawatan di terapi.
03:47setiap seorang memerlukan Rp520,000
03:51manakala jumlah keseluruhan bagi kedua-dua ialah Rp1.04 juta.
03:56Jadi kami halap sebelum mereka pergi rawatan, kami dapat semua yang tolong dana ini
04:04untuk dapat kutipan bagi mereka sempat pergi buat treatment.
04:13One Hope Charity lebih dahulu akan menyalurkan Rp100,000
04:18dari kami biar dana sebagai perubatan SMA.
04:23Jadi halap, lebih cepat sikit.
04:26Orang ramai yang mahu menghulurkan bantuan kepada kedua-dua kanak-kanak terbabit
04:31boleh berbuat demikian menerusi akaun tertera.
04:34Bantuan juga boleh disalurkan menerusi laman web www.onehopecharity.org
04:41atau hubungi talian tertera untuk maklumat lanjut.
04:46Terima kasih telah menonton.
04:47Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended