Skip to playerSkip to main content
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan bahawa orang Melayu di negara ini tidak pernah terancam disebabkan kewujudan kaum lain.

Menurutnya, terdapat pelbagai faktor yang boleh mengancam masyarakat Melayu, antaranya kemiskinan dan penyalahgunaan dadah.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/792237/berita/politik/orang-melayu-tidak-pernah-terancam-sebab-kaum-lain---saifuddin

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #KongresPKR #Melayu
Transcript
00:00Orang Melayu dan orang Islam terancam bukan kerana kewujudan kaum lain di negara kita.
00:08Melayu tak terancam kerana ada orang Cina dalam negara.
00:12Melayu tak terancam kerana ada orang India dalam negara.
00:16Melayu terancam kalau orang Melayu miskin.
00:22Melayu terancam kalau orang Melayu paling banyak terjebah dengan masalah dadah.
00:28Ini ancaman terhadap orang Melayu.
00:32Saya jaga kementerian dalam negeri.
00:34Dadah.
00:36Saya ambil data narkotik Bukit Aman.
00:40Saya ambil data Kementerian Kesihatan.
00:42Saya ambil data agensi anti-dadah kebangsaan.
00:46Tak cukup dengan itu saya ambil data 47 pusat pemulihan dadah swasta.
00:51Empat sumber ini saya gabungkan.
00:53Saya proses mengikut standard international UNODC.
00:57United Nations on drug and crime.
00:59Perpengkalan di Vienna, Austria.
01:02Formula antarabangsa.
01:03Per 100,000 population.
01:06Nasional 560 orang.
01:09Rakyat kita melakukan kesalahan dadah per 100,000.
01:14100,000 rakyat Malaysia, 560 terlibat dadah.
01:18Tetapi saudara, bila angka itu saya petik daripada Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu.
01:26Di negeri ini, semuanya melebihi seribu bagi setiap 100,000 penduduk.
01:33Maksudnya, ancaman terbesar orang Melayu ialah kerana anak-anak Melayu terjebak dengan dadah kebetulan atau tidak.
01:44Suratan atau kebetulan.
01:46Yang paling tinggi adalah di negeri-negeri Melayu ini.
01:50Yang setengahnya Islam dah memerintah selama 30 tahun.
01:53Bila kita semak data itu, siapa yang terlibat?
01:58Umur 15 hingga 39, paling tinggi.
02:03Umur 15 hingga 39, paling tinggi.
02:07Terlibat dadah.
02:08Level of education, SPM ke bawah.
02:11Pekerjaan, tak ada kerja.
02:15Bila kamu tak tumpukan kepada membangunkan negeri,
02:18kamu hanya bangkitkan DAP, DAP, DAP.
02:21kamu tak jaga, peluang pekerjaan tak wujud,
02:25anak muda terlibat dengan dadah.
02:28Kalau ditanya kepada saya,
02:30bagaimana Melayu terancam,
02:32Melayu terlibat dengan dadah.
02:34Ini ancaman kepada bangsa Melayu.
02:39Subhanallah.
Comments

Recommended