Skip to playerSkip to main content
  • 6 hours ago
Angka kematian akibat gempa bumi kuat yang melanda perairan Pulau Flores, Indonesia, meningkat kepada 40 orang, manakala 50 lagi cedera.

Category

πŸ—ž
News
Transcript
00:00Angka kematian akibat gempa bumi kuat yang melanda perairan Pulau Flores, Indonesia meningkat kepada 40 orang, manakala 50 mangsa lain
00:08cedera.
00:09Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan memaklumkan angka itu direkodkan setakat jam 6.30 petang Sabtu waktu tempatan.
00:20Ketua Badan Nasional Pengurusan Bencana BNPB Sulharyanto berkata, 2,000 penduduk dipindahkan ke pusat pelindungan berhampiran sebagai langkah keselamatan.
00:30Rakaman eksklusif China Central Television CCTV dari Maumir menunjukkan beberapa pesakit menerima rawatan di katil sementara dan kemah di luar
00:40sebuah hospital, manakala anggota penyelamat membersihkan runtuhan di kawasan ruang menunggu yang rosak di pelabuhan Laurentiersee.
00:48Pusat Rangkaian Gempa Bumi Cina CENC memaklumkan gempa dikesan pada jam 5.58 pagi waktu tempatan pada kedalaman 20km.
00:58Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik BMKG Indonesia turut melaporkan beberapa gegaran susulan bermagnitude 5 dan ke atas termasuk satu yang
01:09mencapai 6.2 magnitude.
01:11Amaran tsunami yang dikeluarkan susulan gempa utama itu bagaimanapun ditarik balik selepas keadaan kembali terkawak.
01:18Sementara itu, Konsulat General China di Denpasar, Bali memaklumkan tiga pelancong China mengalami kecederaan ringan ketika berpindah keluar selepas gempa
01:26berkenaan.
01:27Seorang mengalami kecederaan di kepala selepas terhantuk pada dinding, manakala dua lagi mengalami sakit ringan di bahagian pinggang.
01:35Kesemua mereka dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
01:38Terima kasih telah menonton!
01:38Terima kasih telah menonton!
01:38Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended