Skip to playerSkip to main content
  • 3 weeks ago
Seorang siak dan pekerja pembersihan masjid wanita didenda RM5,000 setiap seorang oleh Mahkamah Tinggi Syariah Melaka selepas mengaku bersalah melakukan persetubuhan haram di bilik pengurusan jenazah sebuah masjid.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seorang siak dan pekerja pembersihan masjid wanita didenda RM5,000 setiap seorang oleh Mahkamah Tinggi Syariah Melaka
00:09selepas mengaku bersalah melakukan persetubuhan haram di bilik pengurusan jenazah sebuah masjid.
00:17Kedua-dua tertuduh yang masing-masing berusia 48 dan 51 tahun didakwa melakukan perbuatan itu secara berulang kali antara Januari
00:27hingga April lalu.
00:30Hakim Mawardi Cikman sebelum menetapkan hukuman berkenaan sempat mengambil masa hampir 30 minit menegur kedua-dua tertuduh.
00:37Beliau menyifatkan kes itu serius lebih-lebih lagi ia berlaku di dalam kawasan masjid dan di bilik digunakan untuk memandikan
00:46serta mengkafankan jenazah.
00:48Ini kerana tempat yang sepatutnya menjadi ruang menjaga kesucian masjid itu disalahgunakan untuk melakukan perbuatan yang bertetangan dengan syarab.
00:57Mawardi berkata perbuatan itu lebih mengecewakan kerana kedua-dua tertuduh sendiri memegang amanah sebagai petugas masjid.
01:06Apatah lagi tertuduh wanita itu masih berstatus isteri orang dan ibu kepada lapan anak.
01:12Katanya mahkamah dimaklumkan perbuatan itu berlaku beberapa kali namun pendawaan hanya mengemukakan satu pertuduhan terhadap setiap tertuduh berdasarkan fakta dan
01:24keterangan yang ada.
01:25Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa cuba melakukan persetubuhan haram dengan yang bukan suami dan isteri yang sah di sisi
01:36syarat antara 1 hingga 30 April 2026 sekitar jam 8 pagi hingga 12 tengah hari di bilik pengurusan jenazah sebuah
01:46masjid di kampung Bukit Piatu, Melaka Tengah.
01:49Terima kasih.
Comments

Recommended