• 4 months ago
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Lau Weng San berkata semakan menyeluruh terhadap semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tidak menemukan sebarang isu berkaitan kelayakan mereka setakat pagi Isnin lepas.
Transcript
00:00Tiada keperluan berbangkit untuk mengumumkan kekosongan mana-mana kerusi ahli Dewan Undangan Negeri Adun di Selangor.
00:08Speaker Dewan Undangan Negeri Don Selangor, Lau Weng San berkata,
00:12semakan menyeluruh terhadap semua adun tidak menemukan sebarang isu berkaitan kelayakan mereka setakat pagi Isinan Lepas.
00:20Semakan itu dibuat selepas pihaknya menerima makluman mengenai kemungkinan terdapat adun yang boleh kehilangan kelayakan.
00:27Sebelum ini, Menteri Besar Selangor Amiruddin Syari dilaporkan berkata,
00:32Speaker akan memanggil seorang adun yang didakwa hilang kelayakan untuk menyemak status terkini wakil rakyat terbabit.
00:40Media turut melaporkan spekulasi mengenai kemungkinan berlakunya pilihan rakyat kecil di Selangor susulan status kebengkrapan seorang adun.
00:48Bagaimanapun, ia terjawab apabila Mahkamah Tinggi Syah Alam pada Khamis membatalkan perintah kebengkrapan terhadap wakil rakyat berkenaan.
00:56Dokumen perintah mahkamah itu menunjukkan adun terbabit berjaya memperoleh perintah membatalkan perintah kebengkrapan dikenakan terhadapnya
01:04selepas Mahkamah Tinggi membenarkan permohonannya di bawah Seksyen 105 Akta Insolvensi 1967.
01:11Terima kasih kerana menonton!

Recommended