Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Tentera Israel dilaporkan melancarkan tembakan artileri, letupan dan operasi darat di beberapa kawasan di selatan Lubnan meskipun rundingan antara kedua-dua pihak masih berlangsung.

Insiden itu berlaku beberapa hari selepas pusingan terbaharu rundingan Lubnan-Israel diadakan di Rome.
Transcript
00:00Tentera Israel dilaporkan melancarkan siri serangan terbaru di selatan Lubnan melibatkan tembakan artileri, letupan dan operasi darat meskipun usaha diplomatik
00:09masih diteruskan antara kedua-dua pihak.
00:11Menurut agensi Britain National Lubnan, serangan itu menyasarkan beberapa kawasan termasuk Mansuri, Kfar, Tepnit, Nabath dan juga Khiam.
00:20Tentera Israel turut dilaporkan melancarkan serangan di mana Khiam dengan membakar beberapa buah rumah kediaman.
00:27Dalam insiden berasingan, Tentera Israel dilaporkan mara di kawasan pinggir Meis Al-Jabal dengan melancarkan tembakan artileri yang turut menyasarkan
00:37sebuah rumah.
00:38Selain itu, pesawat tanpa pemandu Israel juga dilaporkan melakukan penerbangan pada altitude rendah di beberapa kawasan di selatan Lubnan.
00:45Serangan itu berlaku selepas beberapa hari pusingan ketujuh rundingan Lubnan-Israel berakhir di Rom di bawah tajat Amerika Syarikat.
00:53Perbincangan tersebut beritumpuan kepada pelaksanaan perjanjian rangka kerja yang merangkumi pengunduran berperingkat Tentera Israel dari wilayah Lubnan yang diduduki.
Comments

Recommended